Labels

Lembaran Kerja (4) Nota Ciri-ciri Benda Hidup (4) Nota Keperluan Benda Hidup (4) Pengenalan (1) Ulangkaji (1) Video (4)
Showing posts with label Nota Ciri-ciri Benda Hidup. Show all posts
Showing posts with label Nota Ciri-ciri Benda Hidup. Show all posts

Tuesday, 30 October 2012

Benda hidup bergerak

Haiwan bergerak untuk mencari makanan, mendapatkan pasangan dan melindungi diri daripada musuh. 




Pergerakan tumbuh-tumbuhan adalah amat perlahan berbanding dengan manusia dan haiwan. Pergerakan tumbuhan adalah terhad kepada bahagian tertentu sahaja, biasanya dipengaruhi oleh unsur graviti, air dan cahaya matahari.



Benda hidup membesar

Benda hidup boleh membesar.


Manusia membesar daripada peringkat bayi kepada peringkat dewasa. Haiwan juga membesar daripada peringkat anak kepada peringkat dewasa.


Peringkat pembesaran katak


Peringkat pembesaran rama-rama


Peringkat pembesaran nyamuk 



Tumbuhan membesar daripada peringkat anak benih kepada peringkat tumbuhan dewasa.


Benda hidup membiak

Semua benda hidup membiak untuk menghasilkan generasi baru supaya bilangan spesisnya bertambah dan tidak pupus.
Manusia dan haiwan membiak untuk mendapatkan anak. Haiwan dapat membiak melalui dua cara, iaitu melahirkan anak atau bertelur.

Kebanyakan tumbuhan membiak melalui penanaman dan perpindahan biji benih manakala tumbuh-tumbuhan lain membiak melalui penyambungan batang dan daun.


Benda hidup perlu bernafas

Semua benda hidup memerlukan udara untuk bernafas.
Manusia dan haiwan bernafas untuk mendapatkan oksigen, unsur penting dalam memastikan badan kita berfungsi. Udara oksigen disalur ke seluruh badan melalui pengaliran darah.


Cara pernafasan adalah berbeza antara manusia dan haiwan, seperti berikut:
Menusia bernafas melalui paru-paru.

Ikan bernafas dalam air melalui insang.


Katak boleh bernafas melalui paru-paru dan menerusi kulit.


Tumbuh-tumbuhan turut memerlukan pernafasan, melalui daun, batang dan akar. Akan tetapi, tumbuhan memerlukan karbon dioksida, berbeza daripada manusia dan haiwan.