Benda Hidup dan Benda Bukan Hidup
Terdapat banyak benda di alam kita. Antaranya ialah benda hidup dan benda bukan hidup.
Benda hidup mempunyai ciri-ciri berikut:
1) memerlukan air
2) memerlukan makanan
3) boleh bernafas
4) boleh membiak
5) boleh membesar
6) boleh bergerak
Akan tetapi, benda bukan hidup tidak bernyawa, malah tidak memerlukan makananan, air dan udara.
Contoh-contoh benda hidup adalah seperti berikut:
Bayi |
Lembu |
Pokok bunga ros |
Pokok betik |
Rama-rama |
Contoh-contoh benda bukan hidup adalah seperti berikut:
Kereta |
Pakaian |
Batu |
Kerusi |
Alat mainan |