Tuesday, 4 December 2012

Lembaran Kerja 4


Tandakan (√) pada benda hidup dan (X) pada benda bukan hidup.

Monday, 3 December 2012

Video Benda Hidup Dan Benda Bukan Hidup Di Sekitar Kita

Terdapat pelbagai benda hidup dan benda bukan hidup di sekitar kita dalam pelbagai situasi.
 

Wednesday, 28 November 2012

Lembaran kerja 3


Kategorikan benda hidup dan benda bukan hidup mengikut abjad.


Friday, 23 November 2012

Lembaran kerja 2

 

Bulatkan benda bukan hidup.

 


                          

Thursday, 22 November 2012

Lembaran kerja 1


Bulatkan benda hidup.


Ulangkaji

 Contoh-contoh benda hidup dan benda bukan hidup diberikan sebagai ulangkaji bagi persediaan lembaran kerja yang akan diberi.
 

Tuesday, 30 October 2012

Benda hidup bergerak

Haiwan bergerak untuk mencari makanan, mendapatkan pasangan dan melindungi diri daripada musuh. 




Pergerakan tumbuh-tumbuhan adalah amat perlahan berbanding dengan manusia dan haiwan. Pergerakan tumbuhan adalah terhad kepada bahagian tertentu sahaja, biasanya dipengaruhi oleh unsur graviti, air dan cahaya matahari.



Benda hidup membesar

Benda hidup boleh membesar.


Manusia membesar daripada peringkat bayi kepada peringkat dewasa. Haiwan juga membesar daripada peringkat anak kepada peringkat dewasa.


Peringkat pembesaran katak


Peringkat pembesaran rama-rama


Peringkat pembesaran nyamuk 



Tumbuhan membesar daripada peringkat anak benih kepada peringkat tumbuhan dewasa.


Benda hidup membiak

Semua benda hidup membiak untuk menghasilkan generasi baru supaya bilangan spesisnya bertambah dan tidak pupus.
Manusia dan haiwan membiak untuk mendapatkan anak. Haiwan dapat membiak melalui dua cara, iaitu melahirkan anak atau bertelur.

Kebanyakan tumbuhan membiak melalui penanaman dan perpindahan biji benih manakala tumbuh-tumbuhan lain membiak melalui penyambungan batang dan daun.


Benda hidup perlu bernafas

Semua benda hidup memerlukan udara untuk bernafas.
Manusia dan haiwan bernafas untuk mendapatkan oksigen, unsur penting dalam memastikan badan kita berfungsi. Udara oksigen disalur ke seluruh badan melalui pengaliran darah.


Cara pernafasan adalah berbeza antara manusia dan haiwan, seperti berikut:
Menusia bernafas melalui paru-paru.

Ikan bernafas dalam air melalui insang.


Katak boleh bernafas melalui paru-paru dan menerusi kulit.


Tumbuh-tumbuhan turut memerlukan pernafasan, melalui daun, batang dan akar. Akan tetapi, tumbuhan memerlukan karbon dioksida, berbeza daripada manusia dan haiwan.

Keperluan makanan bagi benda hidup – tumbuh-tumbuhan

Proses fotosintesis telah disebut dalam paparan blog bertajuk “keperluan air bagi tumbuh-tumbuhan” sebelum ini.
Hari ini, Cikgu Lim akan memberi sedikit penjelasan tentang proses fotosintesis.

Seperti ditunjukkan dalam gambarajah di atas, proses fotosintesis ialah proses pembekalan makanan bagi tumbuh-tumbuhan dengan adanya cahaya matahari, carbon dioksida(dari udara) dan air(diserapkan melalui akar). Selain daripada membuat makanan bagi tumbuhan, proses Fotosintesis turut melepaskan oksigen ke udara, bekalan utama bagi pernafasan.


Makanan akan disalurkan ke seluruh tumbuhan, membolehkan proses berbunga, berbuah dan pembesaran.

Keperluan makanan bagi benda hidup – manusia dan haiwan

Benda hidup memerlukan makanan untuk hidup. Makanan adalah unsur penting dalam pembekalan tenaga bagi manusia dan haiwan.


Melalui proses pemakanan, manusia dan haiwan membesar. Di samping itu, pemakanan yang seimbang dapat menyihatkan lagi badan kita.

Sunday, 28 October 2012

Keperluan air bagi benda hidup - tumbuh-tumbuhan



Sambungan dari blog atas keperluan air, kita akan fokus pada tumbuh-tumbuhan.

Bagi tumbuh-tumbuhan, air memainkan peranan penting dalam:
a)      Menyalurkan makanan ke seluruh tumbuh-tumbuhan
b)      Mengekalkan kesegaran

c)      Antara salah satu unsur penting dalam proses fotosintesis, iaitu dalam proses pembekalan makanan

Murid-murid boleh rujuk ke youtube video di bawah atas proses fotosintesis bagi kefahaman yang lebih baik.